Ahad, 5 Februari 2012

Orang itu Kita

As-Salam 'Alaikum,

Orang kita,

Kalau malas malas gila. Sampai tak reti nak buat apa. Tak nak mengaji, tak nak ambil tahu isu semasa. Tak mahu jadi pandai, tak mahu cakna semua perkara. Malas sampai jadi bodoh dan butahati.

Hidup dalam Sekular Baru Dunia memang sengaja media memainkan peranan untuk melahirkan manusia manusia yang hidup dalam pengabaian. Mengabaikan segala hal yang penting, yang wajib, yang harus di ambil kira, difikirkan, perlu dirisaukan, dan semua-semua yang akan membawa kemaslahatan pada umat sejagat.

Ya, kalau nak cerita soal plan puak-puak penyembah Azazil, memang kena rujuk blog Jemari Sakti. Tapi dekat sini aku pun dah MALAS nak story. Biarlah blog ni aku cerita dari sudut lain sikit..kang boring lak korang kata aku serius sangat. Kan.

So, bila dah start menulis campur English ni, aku nak listkan jenis manusia yang lahir bila kecelaruan dunia sekarang wujud.







1) Orang-orang yang pegang kuat Quran Sunnah. Ikut Ulama’.Berdakwah, berjuang secara konsisten untuk melawan kezaliman dan kebatilan.

2) Orang-orang yang menjunjung barat dan memang pengikut NWO. Mempertahan kebatilan dan sibuk bangga dengan kemodenan membabibuta.

3) Orang-orang yang mengaku hebat akademik dan suka jadi neutral, dalam masa yang sama kritik dan tak mengesankan apa-apa. Syok sendiri.(cakap pandai buat tak reti)

4) Orang-orang yang dari dulu kaki hiburan dan ikut trend. Baik tua dan muda yang tak ada pendirian yang tetap. LALANG, Hidup tak ketahuan hala. Kalau kaya jadi rosak, kalau miskin kaki ikut adat dan khurafat. (kaki tengok tv)

5) Orang-orang yang tahu ilmu agama tapi buta dengan wang dan harta, serta pangkat dan kedudukan. Rela jual agama untuk kepentingan.

6) Orang-orang yang tahu agama dan baik amalan, tapi tak mahu campur hal semasa. Hanya berani cakap tapi tak bertindak atau berjuang. Selamatkan diri sendiri.

(aku listkan orang kita majority yang muslim ok. Dan, ini dari pandangan aku)






Setakat ni, orang kita tak lari dari 6 golongan kat atas. Termasuk la aku. 6 jenis manusia ini semuanya terikat teruk dengan masalah ekonomi yang mengakibatkan ketidakwarasan akal. Maka, dari golongan ini terlahir pula kaki jenayah dan rosak pegangan hidup. Kerosakan institusi keluarga dan kehuru-haraan berlaku dimana-mana meski senyap.

Mana satu aku ni? Kejap nak cakap pasar kejap nak ayat buku. Haish..haha

So, fenomena akhir zaman yang banyak kemudahan di merata-rata untuk mengakses maklumat menjadikan masing-masing antara kita mula menetapkan dan mahu memilih pegangan hidup baharu. Ada yang dari sesat berubah menjadi baik dan suci. Ada yang dari jahil jadi tak henti-henti mahu mencari ilmu.

Tapi, di antara kedua ini ada jenis manusia yang jadi makin celaru akibat tension dengan keadaan dan situasi. Pendek kata EGO dengan pegangan sebelumnya. Tak mahu berubah dan jadi semakin gila. Yang suka kritik jadi macam murai gila, yang suka duduk tengah-tengah jadi lebih-lebih-lebih penting diri. Sibuk cari kesempatan tak kira apa. Menjadi lalang professional.

Golongan yang berubah
kesan dari maklumat tak bersempadan pula akan memasuki diri mereka kepada salah satu golongan manusia yang 6 di atas tadi. Takkan lari kemana cuma berubah tempat saja.





Ok,ok, ok,..!


Aku pun dah pening sebenarnya. Memang menyampah orang baca bila aku tulis macam poyo-poyo. Tapi kan, cuba korang fikir.. betul tak. ?

satu lagi kan, orang kita ni memang takkan lari dari perangai macamni :

1. Hasad dengki...> tak boleh tengok orang senang sikit nak mengata macam-macam. Mulut jahat.

2. Malas..> tak nak berubah walau sampai jadi karat.

3. Suka salahkan orang…> semua orang lain yang silap, kita semua betul.

4. Buruk sangka…> bila ada sesuatu perkara, suka fikir negative bukan-bukan. Tak pernahnya nak sangka baik dulu.

5. Suka cari salah orang…> tak ada perasaan kasih sayang untuk sama-sama ubah keadaan jadi baik.

6. Tak tahu tolak ansur…> masing-masing penting diri dan tak reti nak bermasyarakat.

7. Pak turut.







Haha.



Ingatlah wahai manusia.. kebenaran yang paling absolute ialah wahyu. Apa yang datang dari Allah dan Rasul itu kebenaran yang tak ada ragu. ( yang turun kepada kita dari tangan para tabi’in dan imam-imam, alim ulama’.)

Bila kita mengaku kita muslim, maka kita kena pertahan iman kita, yakni : mengaku dengan hati,ikrar dengan lisan dan melakukan dengan anggota badan. Kalau hilang salah satu, tak boleh..!

Sekian.
Rizzy :)

Selasa, 1 November 2011

Heh..!


assalam alaikum.

Akibat kehidupan di akhir zaman, aku runsing memikirkan masalah umat. Haha. Maka, segala konspirasi eloklah kuelakkan dari merebak ke minda pembaca yang tak mahu berubah dari kejumudan sekularisma dan kapitalisma. Haha.



Ok, aku sebenarnya saja nak menulis. Lama kot tak merepek kat blog sendiri. Weiii, lantakla aku nak tulis apa kat blog aku! Apa ada sangkut dengan salasilah keluarga belah sepupu jauh ko? Haha.




Kemelut kewangan di negara sendiri yang korup gilababi akibat barua-barua penjajah yang tak nak beragama dengan betul menyebabkan walletku tinggal beberapa keping doposen. Cissss! Kasi pusing la pendapatan Negara kat kami di bawah ni, bukan kasi pusing kat kroni! Hohoho


Golongan yg mengaku ISLAM, tapi tak suka dekat ULAMA’ dan ORANG ALIM.


Golongan munafik yang suka ikut ULAMA’ SUK. Konon puasa, pegi haji tapi sokong orang yg hina dan tak nak dekat agama.


Golongan yg menjadikan ISLAM agama nenek moyang, yang gila adat melayu. Konon tahlil, sambut maulid tapi tak hiraukan apa nak jadi dengan agama. Jenis tak peduli.


Golongan seniman yg konon jiwa penuh ilham sampai lagak jadi macam ATHIES. Konon bakat hebat sampai semua jadi HALAL.


Golongan budak-budak tak ketahuan hala hasil dari wayang  pemimpin dan masyarakat.


TV dan DUIT adalah TUHAN.




SOLAT , TUTUP AURAT jadi macam korek hidung je..


PUNCA?

PEMIMPIN NEGARA, Ekonomi dan Akidah.


1-Pemimpin yang korup, tak nak dekat kebenaran, munafik, akan mewujudkan tidak ada ketegasan dalam apa-apa pun. Bahasa, agama, social, rakyat nak mati ke hapa…blablabla..


2-Perebutan ekonomi dan tekanan hidup. Bila takde duit, hidup susah, maka terdesak dan berlakulah JENAYAH. Merompak, menyamun, simbah asid, bla bla bla..


3-Kerosakan akidah dan kejahilan ilmu. Maka semua takde pegangan cara hidup ISLAM yg benar. Tambah dengan  terdesak takde duit, jadilah rogol, zina, buang bayi..blablabla..

clubbing, judi, nyanyi, fesyen seksi-seksi~ berhibur tak ingat mati.


Soal pendidikan? Pengangguran? Hohoho…tak payah lah nak suruh aku tulis sampai bab system hutang yang tak peduli apa nak jadi dengan anak-anak..lebih baik berhenti belajar jual nasik lemak.huhu.


Dan masing-masing jadi PSYKO @ GILA. Sakit mental. Sebab tu macam-macam perkara pelik jadi.

takde kena mengena..haha


Ok, ok, ok..!

Korang mesti benci dengan cara aku tulis kan?

Macam aku bagus kan?


Weiii..!
abis korang nak suruh aku cakap macamana lagi?

Usap dagu penjenayah? Belai belakang perompak?

Sokong orang yang tak nak dekat ISLAM? Yang mengaku islam?


“takpela, redho je la..” KEPALA HOTAK KO!
Hahaha.

Memang saja aku tulis bagi berterabur. Sebab malas nak susun bende yang dah berkecamuk dan komplikated ni. Masalah jiwa yang kronik.

Sekian, terima kaseh.


Yang merepek badan macam kerepek;


Rizzy.


Khamis, 24 Februari 2011

Puis to the sea! go go!


Dunia blog ni memang ketagih bagi sape yg suka mendedahkan isihati dan perasaan. ada yg tulis semua rahsia hidup..pegi jamban berapa kali, tidur berapa jam, tinggal solat berapa kali..haha. dari cerita sedih sampai gumbira, semua nak tulis...

intro kat atas tu semua takde kena mngena dengan apa yg aku nk ckp pun sebenarnya. saja nak wat mukadimah.huhu

aku sebenarnya nak cerita pasal penulisan puisi.. YA! PUISI..!


jika anda sorang pemuisi atau poet, apakah yg harus dan perlu ada dalam kepala anda??

ok, aku bukan penulis yg hebat sampai nak buat undang2 atau prinsipal ikut sukahati, tapi aku just nak share apa yg aku tahu dan apa yg ada dalam kepala hotak aku bila memikirkan pasal puisi..tak lebih dari tu. nama pun blog aku kan, maka memang la aku tulis ikut apa yg aku tahu, takkan la nak tulis apa yg ada dlm kepala korang pulak..huhu.

OK, ini bukan kelas puisi yg biasa diajar kat sekolah, atau yg diajar ikut buku sastera melayu, atau yg diajar dekat rumah-rumah puisi kat mana-mana. Ini adalah kelas puisi yang diajar dalam RUANG SEPARA SEDAR BERSEGI 8. Jadi, semua ni hanya dalam kepala aku

apa yang aku faham eh? huhu

first of the thing..yang aku paham puisi tu ialah: permainan kata-kata  dan olahan bahasa yg penuh perlambangan.( banyak la kan kalau dalam ilmu sastera melayu pecahannya : pantun, sajak, syair, gurindam..dan lain-lain) bila sebut 'perlambangan' maka maknanya ayat puisi adalah ayat yg kita gunakan utk menyampaikan benda yg sukar digambarkan. selalunya - PERASAAN. (ada jugak keadaan, peristiwa, satira, kehidupan dan etc,etc..)

-kalau dalam sastera melayu dia mungkin lebih kepada 'penggunaan bahasa yang indah' untuk mengatakan sesuatu.


bila dah faham mcmtu.., maka secara automatiknya ayat-ayat puisi tidak harus menjadi terlalu direct atau terus terang. ayatnya bukan ayat biasa macam dalam karangan atau cerpen.

contoh :

1- saya rasa sedih sebab tak dapat coklat.
adakah ini ayat puisi??

2- saya rasa pedih macam kena tikam.
ayat ni boleh dikatakan puisi.

3- saya ditikam kesedihan.
ini ayat puisi.

so, dalam kepala aku memang akan ada permainan macamni bila aku nak tulis puisi. entah..mungkin dah biasa fikir macamana nak buat ayat yg tak direct dan ade perlambangan.huhu..

Dan, aku selalu akan fikir..macamana nak buat setiap baris ayat itu ayat perlambangan? 
aku selalu akan cuba elak buat ayat yang direct. setiap baris, setiap susunan perkataan. bagi aku, aku macam membazir untuk buat ayat biasa kalau tulis puisi. huhu..

tapi ada jugak puisi yg aku tulis ayat direct..HAHA. sebab dalam puisi ada 3 style yg aku buat :

1- Ayat perlambangan dari mula sampai habis.

2- Ayat terus terang tapi susunan berima (Rhyme)

3- Ayat perlambangan & rima

contoh 1 : Perlambangan

malamku berduri dipeluk benci mimpi kelmarin
kau umpama pelesit melebamkan biji mata kenangan.
aku ditusuk pisau kecewa.

contoh 2 : Terus (Direct) & Rima.

sekali tengok macam berani
tapi lepas lawan maki
lintang pukang lari tak cukup kaki
lagak macam boleh buat
tapi haram...cakap saja hebat

contoh 3: Perlambangan & Rima.

selaut duka melimpah ke hati
aku lemas dalam peti luka 
semalam mengoyak kertas ilusi
kau sebuah kereta kuda.

(HAHA)

Ok, tu hanyalah contoh sahaja ye~ maksud aku macamtu la lebih kurang. hehe. So, kalau aku tulis puisi, aku akan buat salah satu dari style di atas. Tak yg number 1, yg number 2..atau pun number 3.. macamtu la. :) pusing2 kat situ je.. takpun gabungan antara 3 tu, 1+2, atau 3+1..



style-style ni jugak sebenarnya sangat bergantung pada isi puisi itu. kalau tulis pasal perasaan, maka mungkin guna style 1, kalau tulis pasal peristiwa mungkin guna style 2, dan sebagainya.. :)

Ada lagi satu yang aku suka buat kalau menulis. haha. iaitu aku suka main dengan tempo. ataupun RENTAK. dalam menulis puisi, yang aku faham, susunan rangkap dan sukukata sesuatu puisi akan menyebabkan tercipta/tersusun satu RENTAK tertentu. kalau kita tulis empat rangkap, maka orang automatik akan set untuk baca macam pantun. yakni orang akan cuba tengok kita punya rhyme sama tak ( A,B,A,B..) . dan kalau kita tulis satu ayat yang tak cukup sukukata, maka orang akan rasa tak sedap baca. betul tak?


Maka, menjaga RENTAK di dalam menulis adalah sangat penting. ekceli susah aku nak explain macamana yg dikatakan rentak tu..kita kena tulis sendiri dan baca, baru kita akan tahu. huhu.
dan contoh yang senang aku boleh tunjuk kat sini ialah :

(mula-mula kita bagi orang baca rentak slow macam pantun)

anak kedidi dalam sawah
mati seekor di atas batas
rasa hati mahu berubah
tapi sangatlah terasa malas

(lepas tu kita bagi orang rentak laju macam Rap )

bukan senang kalau dah jadi penyakit dalam jiwa nak senangsenang berubah tak tentuhala,
mesti kena ikut cara belajar paksa diri bangun pagipagi hari berus gigi,
kalau nak sempurna jadi manusia tak guna kalau suka ikut cakap setan dalam hati
kan lebih baik mati dari jadi bangkai bernyawa?

(lepas tu tuka rentak slow gila)

aku rasa
ada helikopter
dalam paruparu
geligeli

HAHA.

macamtu la. contoh dia.. huhu. :p 

banyak la cara tulis puisi sebenarnya, ade yg buat bentuk macam-macam (bentuk ikan, kuda laut,muka monyet..etc..etc..) ada yang buat setiap baris ayat mula dengan satu perkataan..macam-macam la. senang cerita puisi ni sangat luassssss...!


baiklah kenkawan sekalian, aku rasa cukup kot aku membebel untuk segmen puisi ni. haha. jadi itulah teknik-teknik yang aku guna dalam menulis puisi selama ni. korang pun mesti ada cara & teknik menulis masing-masing kan? share la kalau berasa nak kongsi.
hehe. 

yang tak berapa nak kacak,

RIZZY :)



Selasa, 22 Februari 2011

Benci Menci Me-Reading..!

 
terus terang cakap, aku memang tak suka membaca..HAHA. entah. aku cuba jugak kaji kenapa dan kenapa..

mungkin, bahan bacaan kat negara kita tak berapa nak menarik kot..huhu. sebab penggiat la yg menentukan pemikiran penggemar/peminat kan? penggiat yg menjadi guru pada penerima karya..

memang la, takleh nak salahkan penggiat semata-mata, tapi cuba fikir balik..siapa yg buat karya yg tak best? siapa yg buat karya klise? siapa yg buat karya bosan? siapa lagi kalau bukan penggiat kan? haha.. maka terpaksa lah aku blame penggiat jugak..(ok, aku juga penggiat..salahkan diri sendiri la..tak baik salahkan orang lain..haha)

salah satu novel yang aku berjaya baca sampai habis seumur hidup aku ialah Harry Potter. Novel yg mnyebabkan english aku better sekarang ni..(haha..nampak sangat dulu teruk kn..) lagi satu novel yang aku baca sampai kulit belakang ialah 'The Twits' oleh Roald Dahl. satu-satunya buku yang aku abis baca dekat kedai sebelum aku beli. (HAHA) sebab terlalu menarik.  sama la macam Harry, aku sanggup buat buku dictionary sendiri tulis setiap perkataan yg tak faham satu-satu, lepas tu carik maksud lam kamus. huhu. sampai la settle.



TAPI..
Novel melayu...err..satu pun aku tak larat nak abiskan. seingat aku satu je kot seumur hidup. 'Aku, Rhapsody & Biru's' tulisan bro Ahadiat. Aku baca pun dulu sebab aku tengah gila dengan muzik HipHop n RnB. so saja la nak tengok apa 'knowledge' yg dia tulis betul ke tak macam yg aku tahu..huhu.

Aku akui Ramli Awang Murshid memang power. tapi aku taktau kenapa aku macam penat baca novel dia. HAHA. berat sangat ke ape ke..aku pun taktau. aku suka cara dia susun plot berterabur tu, . so, kita tak boleh nak teka storyline dia macamana flow.Ayat & gaya bahasa dia pun best..('perasaan marah dan sedih saling tingkah meningkah'..haha).tapi tu la..aku penah baca ADAM, Mandatori.., tak sampai separuh aku stop.. wakakkaka.. (Ok, mungkin tu masalah jiwa aku sendiri la kot, takleh nak terima benda yg berjela-jela dan complikated sangat, MUNGKIN. haha)

so, berbalik pada topik mula-mula, kenapa orang kita tak suka membaca? (bila aku bukak tajuk ni pulak kat atas tadi??) err...kenapa aku tak suka membaca..hehe. sebab tu la..sebab bahan bacaan kurang menarik bagi aku. tak sampai tahap yg boleh membuatkan kita terus menerus baca sampai tak boleh nak letak langsung buku.

pada kefahaman aku, benda yg paling penting sekali dalam bercerita ialah 'JALAN CERITA'. storyline bak kata orangputih. sebab, kalau jalan cerita best dan menarik, maka ayat tak berapa menarik pun orang akan baca sampai habis. betul tak??? tulis la macamana best dan tepat pun bahasa, bagus macamana pun tatabahasa, tapi kalau jalan cerita KLISE, BOSAN, tetap orang tak suka nak baca kan??


so, kesimpulannya kat sini, First skali yg harus dititikberatkan dan difokus untuk diperbaiki ialah JALAN CERITA. nombor 2 barulah yg lain-lain..

betul tak???? tepuk lada tanyalah mak cik yang jual kueh karipap kat pasar..anda pasti dimaki hamun beliau..~ (apa aku merepek ni??? haha)

yang bel- membebel,

RIZZY :)

Istilah Khayalan..!

 salam alaikum kaum muslimin sekalian,

selain dari kerja aku yang buat animasi telebisyen, aku juga seorang penulis. Ya, nama aku Rizzy kalau korang jenguk kat web Kapasitor.net. (haah, aku memang penulis yang banyak menulis kat sana..). nak kata aku terel, aku suka tulis benda mngarut-ngarut, nak kata hebat, aku ni suka tulis ikut sukahati yang riang ria ala kanak-kanak rebina. tapi, aku yakin aku juga ada hak untuk bersuara walaupun sekadar menggatal-gatal. HAHA. dan sebab tu jugak la aku buat blog ni.. huhu. maka, harap korang semua takmo la memberangkan diri atau tersentuh hati, atau terusik kalbu sekiranya tulisan aku meranapkan sebahagian dari emosi perasaan kalian. Aku hanya coba meluahkan kuah dan buah fikiran yang terpusing-pusing, tergodak-godak dalam kepala hotak yang nakal dan tak berapa nak center...

ok, kelmarin dulu, aku berbual dengan tunang aku, pasal isu penulis Mainstream dan Frinjan. YA antara isu hangat di kalangan penulis yang taktau bila nak abis ceritanya.

 aku memulakan bahasa kat tunang aku, aku cakap :

'Mainstream dgn frinjan hanyalah istilah khayalan..!'



betul tak? aku rasa tak perlu nak wujudkan istilah macamtu semua. sebab, kalau dah menggunakan bahasa melayu dengan perkataan dan susunan yang betul, maka apakah perbezaan yang nak dikecoh-kecohkan?
apakah pengertian Mainstream?? Sungai Utama?? HAHA.. Frinjan?? Lua dari kawaasan??? hoho. Aku dari dulu tak pernah faham pun apa dia benda tu semua. yang aku tau, aku nak baca sumthing yang LETUP. yang boom! yang POP..! tu je..kalau menulis, aku tak suka rasa terkongkong dengan pemikiran mainstream ke frinjan. yang penting kelancaran idea dan keselesaan menulis. kalau aku tulis aku rasa tak selesa nanti aku tak boleh nak tulis apa-apa pun. 

korang tak rasa macamtu ke?

ada orang kata mainstream tu penulis yg guna bahasa yg baik dan tepat, betul, tak rosakkan bahasa. mainstream tu bagi aku penulis atau pengkarya yang dah ada nama. tu je ..karya diorang akan dilihat dengan mudah dan diberi perhatian. sebab dah popular. (yelah, memang betul diorang diangkat sebab bagus dalam penulisan sastera ..betul..dan dijadikan contoh yang baik)

tapi..dalam seni, dia macamni..(yang aku faham la..) :

1- Prinsipal
2- Kreativity

mula-mula, first of all, kita kena tahu prinsipal. yakni cara-cara atau falsafah setiap sesuatu tu. kalau bahasa, kita kena tahu cara susun ayat yang betul, cara letak imbuhan, penjodoh bilangan, penggunaan perkataan yang tepat dan seumpamanya. TATABAHASA la.

 then, bila kita dah tahu macamana cara nak susun ayat, nak bina ayat, nak guna perkataan yg betul, kita akan dikategorikan sebagai orang yg dah tahu dan menguasai PRINSIPAL.

lepas tu, barulah kita boleh masuk level ke-2 yakni KREATIF. dekat level kreatif ni la terletaknya perbezaan di antara seseorang pengkarya. bagaimana seorang pengkarya menggunakan ILMU yang ada untuk bebas berexperimen melahirkan STYLE tersendiri.(bebas experimen bukan bermaksud sampai ikutsuka kasi jahanam bahasa..memang lah!) dalam seni, kreativiti adalah number 1.kalau setakat kita tahu prinsipal je, maka kita takkan jadi orangseni. kita akan jadi orang yang tahu je.

KREATIVITI itu TRADEMARK. (style la..cara kita yg bila orang baca orang tahu kita tulis..)

style tersendiri yg ada pada seseorang pengkarya. style yg membezakan pengkarya dgn pengkarya. jadik, aku tak faham kenapa mesti nak PECAH DAN TADBIR dalam industry seni? HAHA. sampai sekarang aku tak tahu bezakan ayat mainstream dengan Frinjan. seyes, sebab bagi aku selagi penulis tu mggunakan bahasa dan susunan bahasa yg betul, apakah dia pasti kena menggolongkan diri dalam mana-mana suku? 

adakah dikatakan menggunakan bahasa yang rojak atau tak sastera itu frinjan?
dan adakah penulis yg bersastera dan menulis pasal rakyat itu mainstream??

aku tertanya-tanya ..sastera tu apa? 
huhu..
ok stop la ..malas dah nak tulis..HAHAHAHA. pandai-pandai la pikir apa nak pikir, aku memang mengarut kat blog ni..so, ada aku kesah? :p  

yang nakal dan mengada-ngada,

RIZZY :)